Thursday, March 29, 2012

PRU13-DUN SAMARIANG SUDAH BERSEDIA?


Ketika orang ramai masih lagi berteka-teki bilakah tarikh PRU ke-13? Parlimen P194 sudahpun mengorak langkah. Jentera Parti telah mula dipersiapkan untuk menghadapi mandat rakyat pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. DUN Samariang salah sebuah kawasan negeri dalam Parlimen Petra Jaya telah turut mempersiapkan jentera parti sejak beberpa bula yang lalu. Pelbagai aktiviti diadakan bagi mengukuhkan kembali jentera yang telah berehat setelah menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN10) sejak setahun lalu.

Persaipan jentera walaupun agak perlahan tetapi diyakini untuk dimantapkan mengmabilkira momentum PRN10 yang masih lagi segar dalam ingatan setiap ahli parti.

Beberapa orang ahli parti diperingkat akar umbi yang dihubungi menyatakan keyakinan mereka untuk menggerakkan jentera bila-bila masa sahaja PRU 13 diumumkan oleh Perdana Menteri. Ini kerana bahang PRN10 belum benar-benar padam.

Kebanyakan mereka merasakan persaingan PRU kali ini agak sedikit sengit namun, tidak menolak Petra Jaya tidak akan menghadapi masalah besar. Sebagai salah sebuah kubu kuat BN dijangkakan Petra Jaya yang pesat membangun tidak akan menghampakan Komponen BN negeri Sarawak seterusnya menyumbang kepada BN pusat. Walaupu  begitu rata-rata mereka bersetuju jentera BN Petra Jaya khasnya DUN Samariang tidak perlu leka dan mesti terus bekerja keras sepanjang masa tidak kira semasa pilihnaraya mahaupun tidak.

Perjuangan dan gerak kerja yang berterus adalah kunci kepada kejayaan BN di DUN Samariang selama ini. Ini dibukti dengan  pelbagai aspek pembangunan yang dijalan dengan rancaknya di kawasan Samariang.