BETONG – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar dinasihat agar lebih matang ketika membuang undi pada pilihan raya negeri Ke-10 16 April depan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sedang berkempen di beberapa kawasan dalam DUN Layar demi meraih sokongan politik rakyat.
“Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pemimpin PKR sekarang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dahulu kerana dasarnya yang tidak betul.
“Bagaimanakah rakyat boleh menyokong sebuah parti pembangkang (PKR) yang diketuai orang seperti ini (Anwar)? Justeru, saya meminta rakyat dalam kawasan DUN Layar terus menyokong BN pada pilihan raya nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Untuk Baikpulih Dan Bantuan Lain Bagi Kawasan Betong di Dewan Panglima Rentap Betong hari ini.
Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berharap agar pihak pembangkang meneliti dahulu kepesatan pembangunan di kawasan Betong jika benar-benar mahu bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada 16 April kelak.
“Lagipun rakyat dalam kawasan Layar (Betong) sudah masak terhadap sumbangan kerajaan BN dalam pembangunan hidup mereka dan mereka tahu memilih mana parti yang layak untuk memimpin mereka selepas ini,” katanya.
Terdahulu, Jabu menyampaikan cek bantuan untuk membaik pulih rumah panjang, kampung Melayu, masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan di Betong yang mencatat nilai keseluruhan bernilai RM1,632,600.
Hadir sama ialah Residen Bahagian Betong, Datuk Romie Sigan Daniel, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Isik Utau dan Temenggung Lunong Dandan.

Utusan Sarawak, 1 April 2011
No comments:
Post a Comment