Merujuk kepada Bintulu, beliau berkata pelbagai pembangunan di bahagian ini seperti industri minyak dan gas serta pelabuhan telah dirancang sejak tahun 1976 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan BN dan bukannya pembangkang.
“Langsung tidak satu inci pun pembangunan Bintulu boleh dihargai kepada pembangkang!” kata Rais, ketika berucap pada program 1Malaysia bersama Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) dan Persatuan Teksi Bintulu di sini.
Justeru, masyarakat Sarawak sepatutnya mempertahankan negeri daripada jatuh ke tangan pembangkang sekali gus tidak mudah terpengaruh atau termakan kata-kata dan hasutan pihak terbabit yang kemungkinan mempunyai niat jahat untuk memanfaatkan kekayaan BumiKenyalang yang bertuah ini.
Jelas beliau, sekalipun pembangkang sama ada DAP atau PKR menang satu atau enam kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April ini, apa yang mereka mampu lakukan memandangkan semua pentadbiran berada dalam tangan BN.
“Sekiranya DAP menang satu kerusi, apa boleh ada? Untuk yang akan mereka mencari bantuan membantu orang ramai? Jabatan atau kementerian yang mana akan membantu mereka meluluskan sesuatu? Sekalipun mereka memenangi enam kerusi, mereka tidak boleh membentuk kerajaan kerana saya amat yakin yang daripada 71 kerusi ditandingi, sekurang-kurangnya 2/3 telahpun dalam tangan BN!” katanya.
Oleh itu, katanya, rakyat harus memberi sokongan dan mengundi BN bagi memastikan lebih banyak peningkatan pembangunan dan kemajuan dapat direncanakan untuk Bintulu khasnya di kawasan N58 Jepak dan N59 Kidurong di masa depan.
Rais turut menasihatkan rakyat di negeri ini agar tidak melupakan sumbangan kerajaan BN untuk pembangunan Bintulu, hanya kerana terpengaruh dengan agenda perjuangan dan propaganda yang dilaungkan pembangkang dalam ceramah umum serta kempen pihak terbabit.
Utusan Sarawak, 13 April 2011
No comments:
Post a Comment