Bercakap ketika merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLBW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu sikap yang mempermainkan orang lain untuk kepentingan diri tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Banyak cerita, tomahan dan tuduhan telah dilemparkan tetapi hanya gimik ketika pilihan raya, setakat ini apa yang mereka telah buat?”
Beliau berkata sambil memberi contoh beberapa kawasan yang berada di bawah pemerintahan pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS sudahpun mula menunjukkan kegagalan mereka.
Beliau berkata kawasan di bawah naungan pembangkang seperti Kelantan dan juga Pulau Pinang semuanya sudah pun menjadi mangsa kepada pembohongan politik parti itu.
“Semuanya hanya tahu berbohong walaupun sudah berapa lama memerintah, tetapi satu apa pun belum ditunaikan,” katanya sambil mengambil contoh janji PAS untuk memberi RM75 sebulan kepada keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke tabika dan DAP merobohkan perkampungan India Muslim di Pulau Pinang.
Beliau menegaskan, sebaliknya kerajaan BN bukan jenis mendiskriminasi, tetapi menerima sesiapa saja rakyat Malaysia untuk menikmati manfaat yang diberikan oleh kerajaan.
Utusan Borneo, 7 April 2011
No comments:
Post a Comment