Katanya hubungan tidak baik antara kerajaan pusat dan negeri hanya akan membawa kerugian kepada rakyat.
Hubungan baik antara kedua-dua peringkat kerajaan akan memudahkan lagi usaha perancangan pembangunan di Sarawak sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat negeri ini, katanya kepada Bernama selepas lawatan sehari ke penempatan Long Pelutan dan pekan Long Lama di daerah Baram di sini.
Katanya hakikat ini terbukti di Kelantan sekarang di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang telah menimbulkan banyak masalah kepada rakyatnya untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik.
"Kalau kita tak sebulu dan tak sehaluan, maka yang ruginya rakyat. Inilah pengalaman kita di Kelantan iaitu perlunya ada kerjasama yang erat di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kepentingan hubungan baik antara pusat dan negeri Sarawak semakin terserlah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Selain itu, kepimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga seiring dengan hasrat kerajaan pusat untuk membolehkan Sarawak menikmati perhatian istimewa.
Bernama
No comments:
Post a Comment