Berita Harian - 2011/04/03
SIBU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan kemelut dalaman menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 apabila jentera kempennya tidak dapat beroperasi di Sibu ekoran perselisihan faham.Difahamkan, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang mahu meletakkan jentera parti di kawasan terbabit berdepan masalah apabila bilik gerakan mereka tidak dapat beroperasi.Menurut sumber dalaman parti berkenaan, bilik gerakan itu tidak dapat digunakan ekoran Ketua Cabang PKR Sibu dikatakan merajuk namanya tidak terpilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya negeri.“PKR Sibu tidak membenarkan Zuraidah menggunakan pejabat cabang parti itu sebagai bilik gerakan. Malah PKR Sibu juga menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon muda di kawasan berkenaan,” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi menafikan khabar angin itu dan mendakwa persiapan parti berjalan lancar sambil menjelaskan mungkin isu itu timbul kerana ada pihak melobi untuk menjadi calon dan kecewa apabila tidak terpilih.
No comments:
Post a Comment