Wednesday, April 13, 2011

Kejayaan BN sudah terbukti sejak merdeka


Seorang rakan dari Semenanjung memberikan pandangan tentang Piihan Raya Sarawak Ke-10. Katanya, tenang-tenang politik Sarawak, tetapi ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Perumpamaan itu sangat kena dengan fenomena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini. Parti-parti politik pembangkang dari Semenanjung bagaikan ‘buaya’ yang menyerang dan mengganas. ‘Jembalang’ pun banyak, usik sana usik sini, mengganggu ketenteraman cara Sarawak.

Tapis hasutan dan isu-isu perkauman yang bukan-bukan. Kempen pembangkang yang menyemarakkan api perkauman sangat berbahaya bagi perpaduan dan kesatuan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia. Mereka menidakkan keadilan sosial. Mereka menuduh kerajaan melaksanakan dasar diskriminasi kaum. Hal demikian itulah yang dijadikan senjata tajam mereka.

Rakyat Sarawak perlu sedar bahawa pembangkang sedang mengheret rakyat penyokong kerajaan itu ke khemah perkauman, cauvinisme dan ketaksuban puak. Tumpulkan senjata itu dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Kalau rakyat sudah tahu pembangkang itu bersimpang-siur, tidak sama arah tuju perjuangan, tolak sahaja sebab tidak membawa gunanya.

Pembangkang pun tahu bahawa politik pembangunan pegangan Barisan Nasional Sarawak telah berjaya dibuktikan. Pembangkang tidak ada arah tuju yang jelas. Rakyat pun sudah dengar pelbagai pendedahan buruk tentang pembangkang sepanjang kempen berjalan. Cuba renungkan ucapan para pemimpin Barisan Nasional baik dari Semenanjung mahupun dari Sarawak sendiri. Mereka bercakap dalam satu suara dan satu nada. Kejayaan Barisan Nasional sudah terbukti sejak merdeka.

No comments:

Post a Comment