Hasidah, 42 yang merupakan penyandang kerusi berkenaan menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi bersama-sama pencadang, Wasli Ibrahim dan penyokong, Hanifah Saed.
Hadir sama mengiringi Hasidah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi dan penyokong BN.
Piihan Raya DUN Sarawak 2011 akan diadakan pada 16 April ini. Seramai 979,796 pengundi negeri ini layak mengundi termasuk 18,363 pengundi pos.
Hasidah ketika ditemui selepas itu menjelaskan, dia berkeyakinan tinggi bahawa BN akan menang besar di DUN N7 Samariang berdasarkan kerja kuat yang ditunjukkan oleh jentera pati.
“Kita sudah lama bekerja dan sudah bersedia untuk pilihan raya ini bermula di peringkat akar umbi lagi. Kita yakin akan menang besar kerana ini fokus kita.
“Saya yakin matlamat ini kita akan capai kerana jentera BN di peringkat DUN N7 Samariang sememangnya mantap dan sudah bersedia,” katanya.
Hasidah berharap penduduk kawasan DUN Samariang bijak memilih calon kerana hanya BN yang mampu membela rakyat.
“Sejarah sudah menunjukkan bahawa sejak dari dulu lagi hanya BN yang mampu memajukan Sarawak. Tidak ada parti lain seperti BN,” katanya.
No comments:
Post a Comment