Friday, April 15, 2011

Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak?

CALON Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di kawasan Ba’Kelalan Baru Bian diuar-uarkan bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya ke-10 pada 16 April ini nanti. Sejauh manakah impian itu akan menjadi realiti nanti?

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyatakan Baru ketua Pakatan di Sarawak dan disokong oleh pemimpin PAS Datuk Sri Nizar Jamaluddin.

Bagi pemerhati politik, perkara itu suatu tanda tanya yang besar. PKR memiliki rekod tidak mengotakan apa yang dikatakan. Pada 16 September 2008 Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengimpikan untuk mengambil alih kerajaan di Putra Jaya dan berjanji akan melantik Dominique Ng sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Impian itu berkecai. Anwar tidak menjadi Perdana Menteri dan Dominique Ng bukan sahaja tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri malahan kerusinya Padungan dengan sewenang-wenangnya diberi kepada DAP.

Dominique yang teraniaya memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Padungan pada pilihan raya ke-10 ini.

Bukankah itu ketara sekali PKR, khususnya, dan PR amnya, memiliki komplot untuk menjajah negeri Sarawak? Baru Bian cumalah boneka yang digunakan oleh dalang di Semenanjung Malaysia untuk memberi laluan kepada orang Semenanjung memerintah negeri Sarawak yang diketahui kaya dengan hasil mahsulnya dalam bentuk sumber semula jadi yang tidak ternilai harganya.

Utusan Sarawak, 14 April 2011

No comments:

Post a Comment