Wednesday, April 20, 2011

TAHNIAH BN SARAWAK, TAHNIAH BN SAMARIANG

Samariangunited mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada BN Sarawak atas kejayaan memenangi pilihnaraya negeri dengan mempertahankan 55 Kerusi DUN di seluruh Sarawak.

Kami juga mengucapkan Tahniah dan syabas kepada BN(PBB) DUN Samariang kerana telah berjaya mempertahankan kerusi DUN Samariang dan meningkatkan majoriti berbanding tahun 2006.

Tahniah semua semoga dengan kemenangan yang besar timbul kesedaran bahawa kita juga mempunyai tanggungjawab yang besar membangunkan kawasan Samariang. Pastikan kebajikan rakyat Samariang terus diutamakan dan menjadi tugas kit semua membela kepentingan Kita semua di Kawasan Samariang.

Friday, April 15, 2011

AWAS JANJI KOSONG PKR!

PKR janji beri RM600 kepada warga emas. Tapi janji PRU2008 Semenanjung BELUM Tunai: elaun Tadika RM50/anak, ibu tunggal RM1,000, orang tua, RM1,000. Jangan ditipu orang luar. AWAS JANJI KOSONG PKR

HANYA BN...UNDI BN

HANYA BN...UNDI BN
HANYA BN...UNDI BN
HANYA BN...UNDI BN
HANYA BN...UNDI BN

jom rami-rami kita keluar ngundi BN Sabtu tok... sik da pilihan gik, hanya BN... tolak parti pembangkang... HIDUP BN

CALON BN YAKIN MAJORITI MENINGKAT


CALON Barisan Nasional DUN N7 Samariang, Puan Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali berharap pengundi di N7 turun ramai-ramai mengundi.

“Pilih yang betul. Hanya BN telah membangunkan kawasan kita. Lihat pembangunan kita. Banyak juga bantuan kebajikan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya dihulurkan kepada penduduk di N7.

“Sebab itu, saya merayu agar ramai pengundi sedar betapa mereka harus undi BN. Hanyaterpengaruh dengan dakyah pembangkang,” katanya.

Mengenai kempen BN sepanjang 10 hari lalu, katanya, “Semuanya bagus semua. Penduduk yang dijumpai tetap sokong BN. Harap keluar undi. Insya-Allah majoriti akan naik.”

BN akan menang

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah ketika ditemui semasa kempen dari rumah ke rumah di Kampung Semerah Padi Fasa I melahirkan keyakinan tinggi calon Barisan Nasional di DUN N7 Samariang akan menang pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 pada 16 April ini.

“Saya yakin BN akan menang di sini. Calon BN ini telah berkhidmat sebelum ini dengan cemerlang, terutama menyelesaikan masalah banjir.

“Ini satu touch point yang mustahak. Harap penduduk mengundi BN. Hanya ihi kerajaan yang bertanggungjawab dan calon yang diketengahkan juga adalah calon terbaik.

“Bn akan menang walaupun kita tahu pembangkang kononnya kuat. Kita tidak pandang rendah mereka tetapi jentera BN berjalan dengan baik dan bersemangat. Insya-Allah kita akan menang,” katanya.

Rakyat harus yakin strategi BN

KUCHING, Khamis - Rakyat Sarawak harus yakin dengan setiap strategi yang sedang dilaksana serta perancangan kerajaan pusat dan negeri kerana hanya pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua inisiatif berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan BN amat komited untuk terus memastikan pembangunan Sarawak berterusan bagi menjadikan negeri ini berdaya maju.

"Kita memang sudah membangun namun Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) masih tidak berpuas hati. Ini kerana beliau (Najib) rasa masih banyak usaha perlu
dilakukan supaya Malaysia khususnya Sarawak terus maju serta pesat membangun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra Rakyat 1Malaysia di Kampung Haji Baki di sini, malam semalam.

Hadir sama calon BN Batu Kawah Tan Joo Phoi dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim.

Menurutnya, kerajaan mewujudkan pelbagai inisiatif ke arah mencapai status negara maju termasuk Program
Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan transformasi politik.

Justeru, katanya, semua rakyat termasuk di Sarawak perlu mensyukuri usaha kerajaan kerana mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik terutama dalam aspek perpaduan.

"Rakyat negeri ini perlu menilai sendiri jasa dan pengorbanan kerajaan terutama dalam melaksana pembangunan," ujarnya.

Tambahnya, apa yang perlu dilakukan masyarakat Sarawak 16 April ini adalah menilai secara lebih arif yang mana baik dan buruk.

"Pembangkang hanya tahu menghasut dan memecahbelahkan perpaduan yang wujud sejak sekian lama di negeri ini.

"Buatlah pertimbangan yang bijaksana. Jangan buat keputusan mengikut emosi," tegasnya.

KEKALKAN KERAJAAN BN


A AZIZ DERAMAN
(Tulisan ini adalah suatu pernyataan ikhlas penulis selaku pemerhati politik)

Selepas penamaan calon pada 6 April lalu, suasana politik Sarawak memang tenang. Di Sarawak tidak ada orang buat kacau, baling botol, maki hamun dan mengherdik. Ada ilmu untuk orang Semenanjung belajar cara Sarawak. Sehingga beberapa hari sesudah penamaan calon pun, perang poster seperti gambaran di Semenanjung pun jua tidak terjadi.

Poster ada di sana sini, secara kecilan, tetapi tidak sehingga merentangi jalan, menyusahkan laluan atau menutupi bangunan gedung perniagaan. Tenang-tenang politik Sarawak, tetapi ‘air yang tenang jangan di sangka tiada buaya’.

Perumpamaan itu sangat kena dengan fenomena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini. Parti politik dari Semenanjung bagaikan ‘buaya’ yang menyerang dan mengganas.

Jembalang dari Semenanjung pun banyak, usik sana usik sini, mengganggu ketenteraman cara Sarawak. Penulis berani mengatakan begitu, kerana kebetulan pada hari SPR mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 23 Mac, penulis berada di Kuching.

Begitu juga pada hari penamaan calon 6 April. Pada 9 hingga 12 April ini pun penulis berada di sana. Penulis sudah beberapa kali berada di Sarawak sejak Januari yang lalu.

Jenama ‘Jembalang’ yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri itu sangat tepat. Rakyat Sarawak kena berhati-hati dengan ‘Jembalang’ politik dari Semenanjung itu, satu badan berkepala tiga (DAP, PKR dan PAS) yang tidak pernah sehala tujuan. Rakyat Sarawak memang kena tolak yang sudah ditolak. PKR sedang runtuh, sudah dimakan anai-anai dari dalam. DAP menutup mulut setiap yang hak dan PAS sekian lama menutup mata tidak mahu melihat akan kebenaran, kemajuan dan kemakmuran. PKR senantiasa memekakkan telinga. PR dari tapaknya di Semenanjung hanya datang untuk mengacau ketenangan Sarawak, walhal mereka tidak pun fasih tentang selok-belok budaya dan sistem yang diperlukan rakyat Sarawak.

Seorang sahabat di Kuching menyalinkan sms kempen pembangkang yang berbunyi "Kepada pengundi Sarawak, turunlah semasa hari pengundian DUN Sarawak kelak, masa inilah rakyat berkuasa. Masa ini juga kita pula tipu BN ambil duit, minta projek mi segera tapi undilah PR untuk dapat menghancurkan kuasa Taib Mahmud…cukuplah berubahlah undi kita kali ini."

Ada papan iklan kartun yang menarik di Kuching, dilukiskan Anwar menutup telinga kiri kanannya, Haji Abdul Hadi menutup mata dan Kit Siang menutup mulut. Tafsirkanlah maksudnya, rahsia apa yang mereka tidak mahu dengar, tidak mahu lihat dan tidak mahu suarakan?. Taib bukan ‘must go’, tetapi ‘must go on’! Apalah erti ‘Change’, kerana konsep ‘Transformation’, jauh lebih menyeluruh dan luas.

Kata mereka pilih pembangkang demi ‘Progress’, tetapi rakyat mesti ingat sebenar-benarnya ‘Don’t take progress for granted’.

Sebagaimana jaminan dan janji PM Datuk Seri Mohd Najib bahawa BN telah menyediakan pelan peralihan kuasa selepas PRN kali ini. Rakyat Sarawak tidak perlu ragu. Perubahan akan dilakukan dan peralihan kuasa akan berjalan sesempurna mungkin. Maka sebab itulah Pengerusi BN itu mengingatkan rakyat Sarawak jangan terlalu taksub untuk berubah. Pembangkang hanya tahu berbohong dan mencaci, tetapi tanpa agenda bererti. Rakyat Sarawak hendaklah menolak parti-parti pembangkang, apalagi yang berasal dari Semenanjung. PR itu tidak sesuai, cakap tidak serupa bikin, lebih banyak menebar hasutan, fitnah memfitnah dan menjanjikan apa sahaja yang bukan-bukan bahkan di luar batas keadilan.

Kenapakah DAP perlu menghasut orang Cina?. Sesungguhnya suara rakyat keturunan Cina akan lebih padu melalui BN. Orang Cina Sarawak jangan cuba menukar selera, sebab padahnya tidak terduga. Lihat apa berlaku di negeri-negeri di bawah pembangkang. PR tidak
berdaya di Perak, kelam kabut di Pulau Pinang dan haru biru di Selangor. Apakah yang boleh diharapkan kalau mereka berkuasa?. Sebaliknya semua lapisan rakyat sepatutnya mensyukuri nikmat pembangunan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Orang Cina tahu bahawa segala kemudahan pembangunan kota dan infrastruktur menjadi kemudahan hidup yang luar biasa. Rakyat sedih jika tiada kepimpinan dari kalangan kaum Cina yang berfikiran matang dalam BN. Masyarakat Cina Sarawak yang diiktiraf memberi sumbangan besar kepada kemajuan ekonomi di sana memang perlu meneruskan sokongan padu kepada BN. Masa depan orang Cina di Malaysia jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain. Jangan terpengaruh dengan taktik politik pembangkang dari Semenanjung. Rakyat Sarawak hendaklah berikan lebih daripada majoriti dua pertiga kepada BN.

DAP memang menaruh impian besar untuk menguasai pemerintahan, menunggangi PKR dan PAS. Fokus mereka adalah kawasan bandar-bandar. Isu-isu tentang pendidikan Cina, kuota ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, ekonomi, status bahasa, budaya kaum Cina dan pelbagai tuduhan negatif terhadap kerajaan BN menjadi topik pilihan mereka. Ada fitnah dan pembohongan besar.

Orang Sarawak mesti berhati-hati dengan ‘Si Bujang Senang’ atau awasi ‘Jembalang’ anggota PR yang akan meratah jasad dan roh mereka atau yang akan menyebabkan ketidaktentuan masa depan.

Pilihan raya bukan tempat melepaskan dendam. Hatta bumiputera Sarawak pun mesti bersatu. Bersatu atas kebumiputeraan. Jangan sekali-kali lagakan ‘Islam’ dengan ‘Kristian’ yang menjadi agenda hasutan baru itu. Tapis hasutan dan isu-isu perkauman yang bukan-bukan.

Kempen DAP yang menyemarakkan api perkauman sangat berbahaya bagi perpaduan dan kesatuan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia. Mereka menidakkan keadilan sosial. Mereka menuduh
kerajaan melaksanakan dasar diskriminasi kaum. Hal demikian itulah yang dijadikan senjata tajam mereka.

Rakyat Sarawak perlu sedar bahawa PR sedang mengheret rakyat penyokong kerajaan itu ke khemah perkauman, cauvinisme dan ketaksuban puak. Tumpulkan senjata itu dengan memberi sokongan kepada BN. Kalau rakyat sudah tahu PR itu bersimpang-siur, tidak sama arah tuju perjuangan, tolak sahaja sebab tidak membawa gunanya.

PR pun tahu bahawa politik pembangunan pegangan BN Sarawak telah berjaya dibuktikan. PR tidak ada arah tuju yang jelas. Rakyat pun sudah dengar pelbagai pendedahan buruk tentang PR sepanjang kempen berjalan. Cuba renungkan ucapan para pemimpin BN baik dari Semenanjung mahupun dari Sarawak sendiri. Mereka bercakap dalam satu suara dan satu nada. Kejayaan BN sudah terbukti sejak merdeka.

Kebijaksanaan menangani isu-isu ekonomi, sosial dan kebudayaan melalui hikmah politik BN
mestilah diberikan sokongan yang padu. BN amat bersatu, berfikir dan bertindak. Parti komponen orang Cina dalam BN jangan terikut rentak PR khususnya DAP.

Seluruh bumiputera tanpa mengira Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, dan setiap suku bangsa mesti bersatu. Rakyat Sarawak hendaklah berhati-hati, sebab 16 April 2011 ini adalah tahun penentu kerajaan negeri. Rakyat Sarawak tidak ada pilihan untuk menukar Kerajaan, kecuali meneruskan kesinambungan pemerintahan BN.

[Datuk A Aziz Deraman ialah Mantan Ketua Pengarah DBP dan seorang budayawan, bekas
pegawai tinggi PTD yang berkhidmat selama 33 tahun di beberapa kementerian dan agensi
kerajaan)

Utusan Sarawak, 14 April 2011

Janji peruntukan pembangkang ibarat 'kacang putih'

LINGGA, Rabu – Rakyat dinasihat agar tidak terlalu teruja dengan manifesto pilihan raya pembangkang yang menjanjikan peruntukan sebanyak RM1 bilion setahun kepada Sarawak jika mereka berjaya mentadbir negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata janji peruntukan bernilai RM1 bilion setahun itu dianggap kecil memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) memperuntukkan lebih banyak wang bagi tujuan itu pada setiap tahun.

“Janji peruntukan dalam manifesto pembangkang itu boleh dianggap seperti ‘kacang putih’ (terlalu sedikit) jika dibandingkan dengan peruntukan bernilai RM22 bilion setahun untuk membangunkan semua negeri termasuk Sarawak.

“Justeru, rakyat perlu terus menyokong kerajaan BN yang berupaya memperuntukkan berbilion ringgit untuk tujuan pembangunan rakyat negara ini terutama di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Bersama Pemimpin bertempat di Penempatan Baru Kampung Pulau Seduku, dalam daerah kecil Lingga, Sri Aman hari ini.

Muhyiddin menasihatkan rakyat di negeri ini agar tidak terlalu taksub dengan slogan ‘Jom Ubah’ yang dilaung-laungkan pembangkang.

Ketaksuban rakyat terhadap slogan itu kata beliau boleh mengelapkan masa depan pembangunan negeri ini jika mereka terlalu mudah terpengaruh dengan slogan tersebut.

Utusan Sarawak, 14 April 2011

Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak?

CALON Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di kawasan Ba’Kelalan Baru Bian diuar-uarkan bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya ke-10 pada 16 April ini nanti. Sejauh manakah impian itu akan menjadi realiti nanti?

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menyatakan Baru ketua Pakatan di Sarawak dan disokong oleh pemimpin PAS Datuk Sri Nizar Jamaluddin.

Bagi pemerhati politik, perkara itu suatu tanda tanya yang besar. PKR memiliki rekod tidak mengotakan apa yang dikatakan. Pada 16 September 2008 Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengimpikan untuk mengambil alih kerajaan di Putra Jaya dan berjanji akan melantik Dominique Ng sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Impian itu berkecai. Anwar tidak menjadi Perdana Menteri dan Dominique Ng bukan sahaja tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri malahan kerusinya Padungan dengan sewenang-wenangnya diberi kepada DAP.

Dominique yang teraniaya memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Padungan pada pilihan raya ke-10 ini.

Bukankah itu ketara sekali PKR, khususnya, dan PR amnya, memiliki komplot untuk menjajah negeri Sarawak? Baru Bian cumalah boneka yang digunakan oleh dalang di Semenanjung Malaysia untuk memberi laluan kepada orang Semenanjung memerintah negeri Sarawak yang diketahui kaya dengan hasil mahsulnya dalam bentuk sumber semula jadi yang tidak ternilai harganya.

Utusan Sarawak, 14 April 2011

Wednesday, April 13, 2011

Kejayaan BN sudah terbukti sejak merdeka


Seorang rakan dari Semenanjung memberikan pandangan tentang Piihan Raya Sarawak Ke-10. Katanya, tenang-tenang politik Sarawak, tetapi ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Perumpamaan itu sangat kena dengan fenomena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini. Parti-parti politik pembangkang dari Semenanjung bagaikan ‘buaya’ yang menyerang dan mengganas. ‘Jembalang’ pun banyak, usik sana usik sini, mengganggu ketenteraman cara Sarawak.

Tapis hasutan dan isu-isu perkauman yang bukan-bukan. Kempen pembangkang yang menyemarakkan api perkauman sangat berbahaya bagi perpaduan dan kesatuan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia. Mereka menidakkan keadilan sosial. Mereka menuduh kerajaan melaksanakan dasar diskriminasi kaum. Hal demikian itulah yang dijadikan senjata tajam mereka.

Rakyat Sarawak perlu sedar bahawa pembangkang sedang mengheret rakyat penyokong kerajaan itu ke khemah perkauman, cauvinisme dan ketaksuban puak. Tumpulkan senjata itu dengan memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Kalau rakyat sudah tahu pembangkang itu bersimpang-siur, tidak sama arah tuju perjuangan, tolak sahaja sebab tidak membawa gunanya.

Pembangkang pun tahu bahawa politik pembangunan pegangan Barisan Nasional Sarawak telah berjaya dibuktikan. Pembangkang tidak ada arah tuju yang jelas. Rakyat pun sudah dengar pelbagai pendedahan buruk tentang pembangkang sepanjang kempen berjalan. Cuba renungkan ucapan para pemimpin Barisan Nasional baik dari Semenanjung mahupun dari Sarawak sendiri. Mereka bercakap dalam satu suara dan satu nada. Kejayaan Barisan Nasional sudah terbukti sejak merdeka.

BN akan dapat kemenangan lebih dua pertiga - Taib

KUCHING, Selasa - Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan lebih dua pertiga pada pilihan raya negeri Sabtu ini kerana kawasan-kawasan Bumiputera tetap bersama kerajaan.

Beliau juga nampak perubahan dalam sokongan daripada pengundi Cina kerana keadaan di beberapa kawasan yang kononnya hitam telah 'berubah sikit'.

"Selepas beberapa hari ini, apa yang saya nampak ialah, Insya-Allah, BN akan dapat memenangi lebih daripada dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Ini berasaskan tinjauan saya... nampaknya kawasan Bumiputera masih taat kepada BN kerana mereka memikirkan tiada orang lain yang boleh menjaminkan masa hadapan mereka melainkan BN," kata nya dalam satu temuramah di sini hari ini.

Mengenai sokongan masyarakat Cina yang dikatakan lebih memihak kepada pembangkang, Taib berkata dalam tempoh sebulan lalu, ada golongan Cina yang merasakan masalah dan rungutan mereka mula mendapat perhatian kerajaan BN.

Masyarakat Cina, katanya, berkehendakkan wakil yang dapat berunding dengan kaum lain dalam kerajaan supaya dapat mencapai penyelesaian seimbang yang terbaik untuk semua.

"Saya telah pun memberi ingatan kepada mereka bahawa membawa masalah masyarakat sekali-sekala tidak cukup bagi benar-benar memelihara kepentingan masyarakat Cina," kata Taib.

Ketua Menteri berkata walaupun terdapat sedikit perubahan dalam sokongan pengundi Cina, namun ada kawasan yang masih hitam.

Kata Taib, beliau merasakan mood yang lebih serius dalam kalangan pengundi Cina, yang berusia 35 tahun ke atas, bahawa masyarakat itu tidak boleh berada di luar kerajaan kerana ini akan menafikan mereka peluang untuk berdialog dan mencapai kemajuan seperti sebelum ini.

Beliau berkata masyarakat Cina yang tahu selok-belok dalam ekonomi, perniagaan dan perkara berhubung kait kemakmuran negeri ini turut memikirkan persoalan yang serupa.

Taib turut menyentuh tentang taktik agresif yang diimport ke Sarawak oleh pembangkang terutamanya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertujuan mempengaruhi golongan muda dengan sikap kemarahan dan kebencian mereka.

Ini telah mengaburi sifat 'budiman' yang lazimnya tertanam dalam kalangan sanubari generasi pengundi lebih berusia dan beliau berharap kumpulan ini akan menegaskan pendirian mereka sebelum hari pengundian untuk membuktikan bahawa mereka mahukan kesinambungan kepada kemakmuran di Sarawak.

"Saya berpendapat jika mereka berdiri teguh, kami akan memenangi lebih banyak kerusi daripada masyarakat Cina. Saya tak fikir kami akan kalah semua kerusi Cina, ia tidaklah seburuk itu," kata Taib.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen berasaskan kaum Cina dalam BN negeri, sekali lagi berdepan tentangan sengit daripada DAP dalam kawasan majoriti pengundi Cina.
Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP kalah lapan kerusi Cina kepada DAP.

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi sebelum DUN Sarawak dibubarkan. - Bernama

BN tak akan tunduk

KUCHING, Selasa - Barisan Nasional (BN) Sarawak bukannya naif dan tidak akan mudah tunduk dengan tekanan daripada pihak pembangkang tegas, Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Pehin Sri Taib pada masa sama tetap berpendirian bahawa dirinya secara peribadi tidak akan terpedaya dengan desakan dan perangkap pemimpin pembangkang yang inginkannya berundur dan mengumumkan tarikh khusus untuk berbuat demikian.

Ini kerana jelasnya, pakatan pembangkang sebenarnya amat mengetahui kemampuan diri mereka yang tidak dapat memerangkapnya dengan desakan seumpama itu.

"Mereka (pembangkang) tahu mereka tidak boleh memperdayakan saya kerana mereka sendiri mempunyai banyak krisis dalaman malah gagal mengurus parti mereka sendiri.

"Kami (BN) tidak begitu naif apabila mengatakan mahu melakukan perubahan dan kemudiannya terus nyatakan tarikh khusus," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) di sini hari ini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai desakan dan dakwaan pembangkang yang kononnya mengatakan pengumuman hasrat persaraannya yang dilakukan sebelum ini adalah semata-mata untuk meraih undi rakyat pada pilihan raya negeri ke-10, 16 April ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi BN Sarawak itu juga memberitahu pengumuman pengundurannya sebagai Ketua Menteri harus dilihat sebagai satu proses peralihan yang teratur dan terancang.

Isu peralihan kuasa itu tegasnya tidak harus disifatkan sebagai modal kempen BN bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-10 kelak.

"Kita kena buatnya dengan cara yang betul dan sempurna dan saya tidak akan ikut telunjuk mereka yang gagal menguruskan parti sendiri," katanya.
Utusan Sarawak, 13 April 2011

Pembangkang tidak bawa pembangunan

BINTULU, Selasa - Tiada satu kaki maupun inci pembangunan di bahagian ini boleh dikreditkan kepada parti pembangkang terutama DAP, PAS dan sebagainya ekoran setiap pembangunan dibawa Barisan Nasional (BN), jelas Menteri Penerangan Komunikasi dan Penerangan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

Merujuk kepada Bintulu, beliau berkata pelbagai pembangunan di bahagian ini seperti industri minyak dan gas serta pelabuhan telah dirancang sejak tahun 1976 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan BN dan bukannya pembangkang.

“Langsung tidak satu inci pun pembangunan Bintulu boleh dihargai kepada pembangkang!” kata Rais, ketika berucap pada program 1Malaysia bersama Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) dan Persatuan Teksi Bintulu di sini.

Justeru, masyarakat Sarawak sepatutnya mempertahankan negeri daripada jatuh ke tangan pembangkang sekali gus tidak mudah terpengaruh atau termakan kata-kata dan hasutan pihak terbabit yang kemungkinan mempunyai niat jahat untuk memanfaatkan kekayaan BumiKenyalang yang bertuah ini.

Jelas beliau, sekalipun pembangkang sama ada DAP atau PKR menang satu atau enam kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April ini, apa yang mereka mampu lakukan memandangkan semua pentadbiran berada dalam tangan BN.

“Sekiranya DAP menang satu kerusi, apa boleh ada? Untuk yang akan mereka mencari bantuan membantu orang ramai? Jabatan atau kementerian yang mana akan membantu mereka meluluskan sesuatu? Sekalipun mereka memenangi enam kerusi, mereka tidak boleh membentuk kerajaan kerana saya amat yakin yang daripada 71 kerusi ditandingi, sekurang-kurangnya 2/3 telahpun dalam tangan BN!” katanya.

Oleh itu, katanya, rakyat harus memberi sokongan dan mengundi BN bagi memastikan lebih banyak peningkatan pembangunan dan kemajuan dapat direncanakan untuk Bintulu khasnya di kawasan N58 Jepak dan N59 Kidurong di masa depan.

Rais turut menasihatkan rakyat di negeri ini agar tidak melupakan sumbangan kerajaan BN untuk pembangunan Bintulu, hanya kerana  terpengaruh dengan agenda perjuangan dan propaganda yang dilaungkan pembangkang dalam ceramah umum serta kempen pihak terbabit.
Utusan Sarawak, 13 April 2011

Monday, April 11, 2011

BN YAKIN MENANG BESAR

KUCHING 10 April - Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat membentuk semula kerajaan negeri selepas pilihan raya pada 16 April akan datang dengan memenangi lebih dua per tiga daripada 71 jumlah kerusi yang dipertandingkan. 

Ketua Penerangan BN negeri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, BN yakin dapat memenangi lebih daripada 50 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, berbanding 36 kerusi bagi majoriti mudah atau 47 kerusi bagi majoriti dua pertiga untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan. 

Katanya, keyakinan itu juga berdasarkan perpecahan yang disaksikan di kalangan pihak pembangkang sehingga menyebabkan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) membawa haluan sendiri dalam pilihan raya negeri ke-10 kali ini. 

Menurut beliau, ketidaksepakatan di antara Snap dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta Pas merupakan satu kegagalan strategi pembangkang dan keadaan itu akan memecahkan undi para penyokong mereka justeru memberikan kelebihan besar kepada BN.

"Pembangkang merancang untuk menghadapi pertandingan dua penjuru dengan BN di banyak kerusi yang dipertandingkan, tetapi itu gagal apabila Snap membawa haluan sendiri, kini kita saksikan ada pertandingan tiga penjuru, empat sehingga enam penjuru.

"Pembangkang kata mereka boleh membentuk kerajaan tetapi dengan keadaan ini, ternyata mereka gagal, bagaimana mahu bentuk kerajaan apabila hal ehwal dalaman sendiri pun tidak boleh diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di di Santubong, dekat sini hari ini. 

Kepada soalan lain, beliau menjelaskan, slogan 'Jom Ubah' yang dilaung-laungkan pembangkang pada kempen mereka tidak memberi sebarang makna dan ia hanya berbentuk retorik demi memancing undi rakyat. 

Hakikatnya, kata beliau, BN merupakan gagasan yang lebih efektif dalam membawa perubahan serta transformasi dalam pelbagai bidang di negara ini sejak selepas merdeka seperti pelajaran, ekonomi dan kestabilan politik. 

Mengenai undi kaum Cina yang memihak kepada DAP di beberapa kerusi sejak pilihan raya negeri pada 2006 lalu, jelas beliau, sokongan masyarakat itu dilihat sudah kembali kepada BN setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara. 

"Populariti Najib semakin memuncak, kita lihat beliau sangat kerap melakukan lawatan mesra serta menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan masyarakat Cina dan ia diyakini memberi kesan kepada BN," ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pelan peralihan kuasa daripada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas pilihan raya nanti diyakini mampu menarik sokongan rakyat kepada BN.

"Ada masa seseorang itu akan berpencen dan Ketua Menteri juga akan berbuat demikian," jelasnya.
Utusan Malaysia, 11 April 2011

Perkhidmatan kereta api perkasa infrastruktur di wilayah SCORE

MUKAH: Pembinaan landasan kereta api yang menghubungkan Bintulu, Samalaju, Tatau, Mukah dan Tanjung Manis merupakan opsyen terhadap pengangkutan darat di wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mendedahkan perkara itu semasa berucap merasmikan Pusat Pentadbiran Baru Mukah, di sini pada malam Sabtu.
Beliau yang ditemui media untuk mendapatkan maklumat lanjut berkata, landasan kereta api pertama di negeri ini sejak era Brooke itu bakal memperkasakan lagi infrastruktur di wilayah SCORE.
“Nampak sangat menjanjikan (pembinaan landasan kereta api). Tetapi saya tidak dapat memberitahu anda (media) lebih banyak tentang itu sebab ia masih di bawah kajian.
“Tarikh tentatif landasan kereta api itu akan dibina saya tidak tahu.
Terpulang kepada perunding tempatan berkenaan mencadangkan bila masa yang sesuai.
Kajian sedang berjalan, namun belum siap,” ujarnya.
Jelas Taib, menjelang hujung tahun ini satu kajian mengenai usaha mewujudkan model pekan bijak yang boleh diperbesarkan menjadi bandar moden akan dilakukan.
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian itu membayangkan beberapa pekan bijak yang dilengkapi kemudahan elektrik, air, internet dan komunikasi terkini bakal dibangunkan di negeri ini.
“Bagaimana kita hendak melakukannya?
Apa jangkaan kita untuk mengelakkan sistem trafik daripada mengalami kesesakan?
Semua ini perlu dikaji secara mendalam.
“Setakat ini kita belum melantik mana-mana perunding untuk mewujudkan pelan tindakan mengenai pekan bijak itu. Saya sendiri masih mengkaji,” tambahnya.
Utusan Borneo, 11 April 2011

Saturday, April 9, 2011

Manifesto pembangkang bahaya

SIBU 8 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Sarawak tentang bahaya slogan manifesto 'Jom ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan matahari' tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan.

Sedangkan, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari segi kemakmuran dan kestabilan dikecapi rakyat masa ini.

"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilihan raya, kita mesti tahu akan hak kita. Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang).

(Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan semuanya," kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam 1Malaysia anjuran masyarakat Sibu di sebuah hotel, di sini malam ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, banyak contoh yang dijanjikan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 tidak pernah pun ditunaikan mereka.

Antaranya, janji untuk memberi wang sebanyak RM1,000 kepada anak yang masuk universiti, cuti 90 hari bersalin bergaji, manakala suami yang juga kakitangan kerajaan negeri akan diberi cuti selama 14 hari serta bantuan RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Tapi semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong!. Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.

"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Utusan Malaysia

Friday, April 8, 2011

Pembangkang Bukan Alternatif Kepada Rakyat Sarawak - Najib

SANTUBONG: Pembangkang tidak mampu menjadi alternatif yang meyakinkan kepada rakyat Sarawak untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kegagalan mencapai persefahaman antara parti pembangkang hingga menyebabkan pertembungan sesama sendiri di beberapa kerusi pada pilihan raya Sarawak menunjukkan mereka tidak boleh mencapai kata sepakat sebelum pun diberi peluang memerintah negeri.

"Amat jelas persefahaman yang mereka harapkan sudah berkecai kerana terlalu banyak kawasan ditandingi lebih daripada satu parti (pembangkang).

"Ini bererti pembangkang khususnya di Sarawak memang tidak sekata, ia tidak menggambarkan suatu alternatif yang dapat meyakinkan rakyat Sarawak.

"Jangan cakap nak tubuh kerajaan, dalam pembangkang pun sudah bertelagah antara satu sama lain dari segi pembahagian kerusi," katanya.

Mengulas mengenai pertanding pada pilihan raya negeri ke-10 melibatkan 213 calon bagi merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Najib berkata BN sudah menjangkan mengenai saingan sengit berkenaan.
Bagaimanapun katanya yang juga Pengerusi BN, kehadiran lebih ramai calon itu memberi faedah kepada BN apabila bakal berlaku pecah undi terhadap calon pembangkang.

"Kita sudah menjangkakan pilihan raya ini akan menjadi sengit kerana parti pembangkang akan cuba mengatur satu barisan yang boleh memberi tentangan kepada BN.

"Namun bagi kita, lebih ramai lebih baik sebab ini bererti bahawa mereka akan berpecah dan undi mereka tak akan bertumpu kepada satu calon," katanya.

Diminta mengulas mengenai sokongan pengundi Cina, Najib berkata tumpuan perlu diberikan bagi menarik sokongan golongan pengundi berkenaan.

"Banyak lagi masih perlu kita lakukan di mana sentimen mungkin berbeza.

"Tapi kalau mereka berfikir secara rasional, apa yang penting ialah mereka memerlukan sebuah kerajaan yang dapat menentukan kestabilan politik dan dapat menentukan bahawa dasar-dasar dan program kita dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya.
MSTAR, 8 April 2011

Kekalkan BN demi masa depan

KUCHING: Rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-10, perlu memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan usaha Malaysia untuk mencapai taraf negara maju dan menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini kerana parti pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan jika diberi peluang membentuk kerajaan, impian rakyat Malaysia menjadi negara maju tidak akan kesampaian.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat Cina di Sarawak berfikir secara rasional dalam menentukan masa depan mereka dan tidak termakan umpan parti pembangkang.
“Walaupun sentimen pengundi di bandar berbeza, tetapi bagi memastikan kepentingan masyarakat Cina terus terbela, mereka perlu ada wakil dalam kerajaan negeri. Kita memerlukan kerajaan yang mewakili semua kaum di Sarawak. Sebab itu saya berharap mereka tidak termakan dengan mainan politik dan hasutan DAP kerana parti itu sebenarnya cuma mahu meraih undi.

“Masyarakat Cina juga tidak akan mendapat lebih manfaat daripada politik yang tidak menentu dan politik yang tidak stabil,” katanya selepas majlis pelancaran dan penyerahan Skim Pintar-Learning dan Sirim Robokit, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini semalam.

Najib juga berkata, rakyat perlu sedar kegagalan pakatan pembangkang membentuk persefahaman dalam pengagihan kerusi membuktikan mereka tidak boleh menjadi alternatif kepada BN walaupun pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN.

Beliau juga berkata, jumlah calon yang ramai bertanding pada pilihan raya kali ini memberi kelebihan kepada BN.
“Lebih ramai lebih baik sebab ini bererti undi mereka (pembangkang) akan berpecah, tidak tumpu kepada seorang calon (pembangkang) saja,” kata Perdana Menteri sambil menambah beliau memang menjangka persaingan kali ini pasti sengit dengan pembangkang akan cuba mengatur satu barisan yang boleh memberi tentangan kepada BN.

Mengenai taktik DAP yang menggunakan propaganda ‘undi SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) adalah undi untuk Taib (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud)’ Perdana Menteri berkata, itu hanya mainan politik DAP dan berharap rakyat tidak termakan dengan hasutan seperti itu.

Beliau turut menegaskan, dakwaan calon bukan BN yang kononnya mendapat sokongan pemimpin parti di peringkat pusat tidak benar sama sekali kerana BN hanya menyokong calon menggunakan lambang dacing dan akan bekerja keras untuk memenangkan mereka.

Sementara itu, ketika berucap dalam program tinjauan mesra sekitar pasar Kota Sentosa yang turut disertai calon BN bagi DUN Kota Sentosa, Datuk Alfred Yap, Perdana Menteri meminta masyarakat Cina terus memberi sokongan kepada BN demi memastikan kelangsungan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Beliau memberi jaminan, akan secara peribadi melakukan yang terbaik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara serta adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

“Orang Cina pandai berniaga dan sentiasa mahu untung, tapi jika dasar negara tidak baik macam mana hendak berniaga? Sudah tentu (orang Cina) tidak mahu rugi. Oleh itu perlu buat pilihan bijak, orang lain (pembangkang) boleh cakap, tapi BN boleh beri jaminan.

“Sekiranya orang di sini sokong BN, kita akan pastikan kawasan ini membangun dengan maju dan pesat,” katanya yang meluangkan hampir sejam beramah mesra dengan penduduk serta melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Hap Hin.

Berita Harian, 8 April 2011

TERAS UTAMA MANIFESTO BN

BN umum manifesto

SIBU, Khamis - Barisan Nasional (BN) mengumumkan manifesto parti itu hari ini, bertemakan "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN' yang menggariskan sembilan perkara utama dalam usahanya untuk mengekalkan kemenangan penting dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud melancarkan manifesto itu pada satu
majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan MUC, di sini.

Teras utama manifesto dengan slogan "Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri
Aman" adalah:
1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk
Sarawak;
2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum;
3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua;
4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua;
5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita;
6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara;
7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib
baik;
8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan
perumahan sentiasa dipertingkatkan;
9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke
arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.
BN menjadi parti politik pertama melancarkan manifesto bagi pilihan raya
negeri ke-10.

Parti pembangkang, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadual melancarkan manfesto mereka serentak di sini esok. SNAP pula mengedarkan manifesto parti itu melalui calon-calon.

Manifesto BN yang diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Iban dan bahasa Cina memuatkan perutusan Taib, yang antara lain menyebut tentang pencapaian BN dan rancangan yang akan dilaksanakan kerajaan pada tahun-tahun mendatang.

Manifesto setebal 32 muka surat itu turut memperincikan sektor-sektor yang menjadi teras kerajaan BN dalam bidang-bidang utama.

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Selain itu, risalah itu turut memberi penjelasan mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik.

Ia turut menjelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Taib, ketika ditemui pemberita kemudian, berkata kerajaan BN mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

"Kami mempunyai segala jentera dan bekerja untuk mentransformasikan negara dan tiada sesiapa lain di negara ini dapat melakukannya. Tiada parti, jauh sekali PKR boleh melakukannya," katanya.

Beliau berkata calon-calon BN dipilih dalam kalangan mereka yang boleh membentuk kerajaan berkesan bagi memastikan masa depan yang terjamin.

Bernama, 8 April 2011

Thursday, April 7, 2011

Pembangkang perlu lebih banyak bukti sebelum memburukkan BN

KUCHING: Pembangkang perlu membawa lebih banyak bukti perubahan daripada membuang masa membuka cerita memburukkan parti-parti kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bercakap ketika merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLBW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu sikap yang mempermainkan orang lain untuk kepentingan diri tidak memberi manfaat kepada rakyat.
“Banyak cerita, tomahan dan tuduhan telah dilemparkan tetapi hanya gimik ketika pilihan raya, setakat ini apa yang mereka telah buat?”
Beliau berkata sambil memberi contoh beberapa kawasan yang berada di bawah pemerintahan pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS sudahpun mula menunjukkan kegagalan mereka.
Beliau berkata kawasan di bawah naungan pembangkang seperti Kelantan dan juga Pulau Pinang semuanya sudah pun menjadi mangsa kepada pembohongan politik parti itu.
“Semuanya hanya tahu berbohong walaupun sudah berapa lama memerintah, tetapi satu apa pun belum ditunaikan,” katanya sambil mengambil contoh janji PAS untuk memberi RM75 sebulan kepada keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke tabika dan DAP merobohkan perkampungan India Muslim di Pulau Pinang.
Beliau menegaskan, sebaliknya kerajaan BN bukan jenis mendiskriminasi, tetapi menerima sesiapa saja rakyat Malaysia untuk menikmati manfaat yang diberikan oleh kerajaan.
Utusan Borneo, 7 April 2011

Wednesday, April 6, 2011

BN yakin menang besar di DUN N7 Samariang

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.7 Samariang akan menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulrusdi Mohamad Hol dalam Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10.

Hasidah, 42 yang merupakan penyandang kerusi berkenaan menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi bersama-sama pencadang, Wasli Ibrahim dan penyokong, Hanifah Saed.

Hadir sama mengiringi Hasidah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Haji Fauzi dan penyokong BN.

Piihan Raya DUN Sarawak 2011 akan diadakan pada 16 April ini. Seramai 979,796 pengundi negeri ini layak mengundi termasuk 18,363 pengundi pos.

Hasidah ketika ditemui selepas itu menjelaskan, dia berkeyakinan tinggi bahawa BN akan menang besar di DUN N7 Samariang berdasarkan kerja kuat yang ditunjukkan oleh jentera pati.

Kita sudah lama bekerja dan sudah bersedia untuk pilihan raya ini bermula di peringkat akar umbi lagi. Kita yakin akan menang besar kerana ini fokus kita.

Saya yakin matlamat ini kita akan capai kerana jentera BN di peringkat DUN N7 Samariang sememangnya mantap dan sudah bersedia,” katanya.

Hasidah berharap penduduk kawasan DUN Samariang bijak memilih calon kerana hanya BN yang mampu membela rakyat.

Sejarah sudah menunjukkan bahawa sejak dari dulu lagi hanya BN yang mampu memajukan Sarawak. Tidak ada parti lain seperti BN,” katanya.

Proses Penamaan Calon DUN N7 Samariang



Monday, April 4, 2011

Penghasut akan kalah: Taib

KUCHING: Pembangkang yang gemar menghasut rakyat dengan pelbagai dakwa-an untuk memburuk-buruk-kan kerajaan BN dijangka tewas pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, 16 April ini.

“Saya percaya mereka yang gemar menghasut akan kalah pada pilihan raya ini,” kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau menambah, BN tidak menolak seratus peratus kewujudan pembangkang, tetapi sikap gemar menghasut dalam mendapatkan kuasa hanya menjejaskan peluang rakyat menerima kemajuan.

“Kita terima pembangkang. Tetapi pembangkang yang macam mana? Pembangkang yang mahu bekerjasama dalam soal pembangunan,” katanya ketika merasmikan Program Sejiwa Senada Kerajaan Bersama Rakyat Peringkat Kuching Utara di pekarangan Sukma Ria di sini, semalam.

Taib bagaimanapun berkata, BN tidak dapat memberi ruang kepada pembangkang yang cuba mengganggu peluang rakyat untuk mengecapi kemajuan.


BN katanya, turut menolak propaganda pembangkang yang sekadar mahu menuntut kuasa tanpa mempunyai perancangan jelas dalam memajukan ekonomi.

Malah, pembangkang ingin memesongkan pemikiran rakyat agar hilang fokus terhadap program-program pembangunan yang disusun BN.

“Kerajaan mempunyai niat (baik) untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan dengan pelbagai program.

“Keikhlasan ahli politik dapat diketahui menerusi apa yang diperkatakan ketika pilihan raya,” katanya.
Rancangan utama BN da-lam meningkatkan pendapatan rakyat ialah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang memberi tum-puan terhadap industri baru di kawasan tengah Sarawak.

“SCORE merupakan cara baru kita membangunkan negeri ini.

“Ia bukan projek kecil ke-rana ia akan memberi peluang kepada kita untuk memba-ngunkan kawasan luar bandar,” katanya.

Utusan Borneo

Pelihara hubungan baik Kerajaan Negeri dan Pusat - Mustapa Mohamed

MIRI, 4 April (Bernama) -- Rakyat Sarawak perlu terus mempertahankan hubungan baik yang terjalin antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk memastikan faedah pembangunan yang mereka nikmati selama ini tidak tergugat, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya hubungan tidak baik antara kerajaan pusat dan negeri hanya akan membawa kerugian kepada rakyat.

Hubungan baik antara kedua-dua peringkat kerajaan akan memudahkan lagi usaha perancangan pembangunan di Sarawak sekaligus dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat negeri ini, katanya kepada Bernama selepas lawatan sehari ke penempatan Long Pelutan dan pekan Long Lama di daerah Baram di sini.

Katanya hakikat ini terbukti di Kelantan sekarang di mana kerajaan negeri yang diterajui PAS tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang telah menimbulkan banyak masalah kepada rakyatnya untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik.

"Kalau kita tak sebulu dan tak sehaluan, maka yang ruginya rakyat. Inilah pengalaman kita di Kelantan iaitu perlunya ada kerjasama yang erat di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri," katanya.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kepentingan hubungan baik antara pusat dan negeri Sarawak semakin terserlah di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, kepimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga seiring dengan hasrat kerajaan pusat untuk membolehkan Sarawak menikmati perhatian istimewa.

Bernama

Sharifah Hasidah pertahankan kerusi DUN Samariang

Kuching April, 3 - Senarai hampir penuh calon-calon Barisan Nasional (BN) telah diumumkan petang tadi bagi menghadapi Pilihanraya Negeri ke-10 (PRN-10). Tan Sri Datuk Amar Adenan Haji Satem mengumumkan hampir kesemua  calon yang bertanding di 71 kerusi kecuali DUN N70 Ba'kalalan yang dianggap misteri.

Sharifah Hasidah penyandang kerusi DUN N7 diumumkan kekal mempertahankan kerusinya di Samariang. Senarai itu menyasikan  BN-PBB mengemukakan 10 muka baru dari sejumlah 35 kerusi yang diperuntukankan.

Sarawak akan mengadakan pengundian pada 16 April ini setelah DUN dibubarkan pada 21 Mac 2011. Pernamaan calon  akan diadakan pada 6 April 2011.



  

Sunday, April 3, 2011

Senarai Calon Barisan Nasional Bagi PRU Sarawak

N.01 OPAR Ranum Ak Mina 

N.02 TASIK BIRU Datuk Peter Nansian Ngusie
 

N.03 TANJUNG DATU Tan Sri Adenan Satem (PBB)
 

N.04 PANTAI DAMAI Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB)
 

N.05 DEMAK LAUT Dr Hazland Hipni (PBB)
 

N.06 TUPONG Datuk Daud Bin Abdul Rahman (PBB)
 

N.07 SAMARIANG Sharifah Hasidah S.A Ghazali (PBB)
 

N.08 SATOK Datuk Amar Abg Abd Rahman Zohari (PBB)
 

N.09 PADUNGAN Sim Kiang Shiok (SUPP)
 

N.10 PENDING Dr Sim Kui Hian (SUPP)
 

N.11 BATU LINTANG Sih Hua Tong (SUPP)
 

N.12 KOTA SENTOSA Datuk Alfred Yap (SUPP)
 

N.13 BATU KAWAH Tan Joo Phoi (SUPP)
 

N.14 ASA JAYA Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB)
 

N.15 MUARA TUANG Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB)
 

N.16 BENGOH Dr Jerip @ Belek Susil
 

N.17 TARAT Roland Sagah Wee Inn
 

N.18 TEBEDU Datuk Seri Michael Manyin Jawon
 

N.19 KEDUP Maclaine Ben @ Martin Ben Anak Michael
 

N.20 SADONG JAYA Aidil Lariwoo(PBB)
 

N.21 SIMUNJAN Naroden Majais (PBB)
 

N.22 SEBUYAU Julaihi Nerawi (PBB)
 

N.23 LINGGA Simoi Peri (PBB)
 

N.24 BETING MARO Razaili B.Hj.Gapor (PBB)
 

N.25 BALAI RINGIN Snowdan Lawan
 

N.26 BUKIT BENGUNAN Mong Dagang
 

N.27 SIMANGGANG Datuk Francis Harden
 

N.28 ENGKILILI Dr Johnical Rayong
 

N.29 BATANG AI Malcom Mussen
 

N.30 SARIBAS Ricky@Mohammad Razi Sitam (PBB)
 

N.31 LAYAR Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Ak Numpang (PBB)
 

N.32 BUKIT SABAN Robert Lawson Chuat Ak Vincent Entering
 

N.33 KALAKA Abdul Wahab Bin Aziz (PBB)
 

N.34 KRIAN Datuk Peter Nyarok Ak Entrie
 

N.35 BELAWAI Datuk Len Latif

N.36 SEMOP Abdullah Saidol (PBB) 

N.37 DARO Murni Suhaili (PBB)
 

N.38 JEMORENG Abu Seman Jahwie (PBB)
 

N.39 REPOK Datuk David Teng
 

N.40 MERADONG Ling Lie King
 

N.41 PAKAN Datuk seri William Mawan Ikom (SPDP)
 

N.42 MELUAN Wong Ak Judat
 

N.43 NGEMAH Alexander Vincent
 

N.44 MACHAN Datuk Gramong Juna
 

N.45 BUKIT ASSEK Chieng Buong Toon (SUPP)
 

N.46 DUDONG Datuk Tiong Thai King (SUPP)
 

N.47 BAWANG ASSAN Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP)
 

N.48 PELAWAN Vincent Goh Chung Siong
 

N.49 NANGKA Dr Anuar Rapiee (PBB)
 

N.50 DALAT Datin Fatimah Abdullah (PBB)
 

N.51 BALINGIAN Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB)
 

N.52 TAMIN Joseph Mauh Ikeh
 

N.53 KAKUS John Sikie Ak Tayai
 

N.54 PELAGUS Stanley Unja (PRS)
 

N.55 KATIBAS Datuk Ambrose Blikau Ak Enturan (PBB)
 

N.56 BALEH Datuk Seri Dr James Jemut Masing (PRS)
 

N.57 BELAGA Liwan Lagang
 

N.58 JEPAK Datuk Talip Zulpilip (PBB)
 

N.59 KIDURONG Henry Ling Kuong Meng
 

N.60 KEMENA Dr Stephen Rundi Utom (PBB)
 

N.61 BEKENU Rosey Yunus (incumbent)(SPDP)
 

N.62 LAMBIR Ripin Lamat (PBB)
 

N.63 PIASAU Tan Sri George Chan Hong Nam (SUPP)
 

N.64 PUJUT Andy Chia Chu Fatt (SUPP)
 

N.65 SENADIN Datuk Lee Kim Shin (SUPP)
 

N.66 MARUDI Sylvester Entri Ak Muran
 

N.67 TELANG USAN Dennis Ngau (PBB)
 

N.68 BUKIT KOTA Dr Abdul Rahman Bin Ismail
 

N.69 BATU DANAU Paulus@Palu Gumbang (SPDP)
 

N.70 BA'KELALAN ??
 

N.71 BUKIT SARI Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
 

PBB akan bertanding di 35 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8)
 

SPR jangka lebih 1,000 borang pencalonan dibeli

2011/04/03

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 1,000 borang pencalonan dibeli menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10, Rabu ini. 

Setakat semalam, hampir 700 borang sudah beli oleh parti politik serta individu, tetapi Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jumlah borang yang dibeli tidak semestinya menggambarkan jumlah calon bakal bertanding pada 16 April nanti.
“Kebanyakan parti politik serta individu yang membeli lebih satu borang kerana bimbang berlaku kesilapan ketika mengisi borang. Kita tiada masalah jika ramai mahu beli borang kerana jumlahnya mencukupi.
“Mengikut pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, biasanya SPR menjual lebih 1,000 borang. Ini demokrasi dan kita tidak ada masalah jika mereka membeli seberapa banyak borang, malah kita menjangka penjualan borang akan bertambah hangat menjelang hari penamaan calon,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Setiap set borang pencalonan bagi pilihan raya negeri kali ini dijual pada harga RM20, sekali gus membolehkan SPR mengumpul lebih RM20,000 jika berjaya menjual lebih 1,000. Mereka yang ingin bertanding perlu mengemukakan deposit RM5,000 pada hari penamaan calon dengan pembayaran dibuat atas nama calon, bukan parti. 

Mengenai kempen pilihan raya yang sudah digerakkan sesetengah parti politik walaupun belum memasuki tempoh sebenar berkempen, beliau berkata, buat masa ini perkara itu masih lagi di bawah pemantauan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Akta SPR akan mula berkuatkuasa bermula tempoh penamaan calon, Rabu ini. Hasil pemerhatian kami kedua-dua belah pihak kini sudah memulakan kempen masing-masing,” katanya.