Rabu, 23 Mac 2011,- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Dato' Sri Mustafa Mohamed dijangka meninjau persiapan jentera pilihnaraya kawasan DUN N7 Samariang, hari ini. DUN Samariang telah dimenangi oleh BN-PBB pada pilihanraya lalu menerusi wakilnya Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Hasidah dijangka mempertahankan kerusi Samariang pada pilihanraya kali ini. Lawatan Dato' Sri Mustafa atau lebih dikenali Tok Pa dijangka memberikan suntikan semangat kepada jentera parti yang telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang bakal bermula pada 6 April depan sebaik sahaja penamaan calon berakhir.
Pilihanraya kali ini dijangka menarik kerana beberapa faktor menarik sejak akhir-akhir ini. Perubahan iklim politik di Semenanjung dan corak politik semasa di Sarawak dijangka mencetuskan beberapa fenomena dalam senerio politik Sarawak.
Bagaimanapun pemerhati politik Sarawak berpendapat, tidak banyak perubahan bakal berlaku selain pertukaran beberapa calon dari parti pemerentah dan cubaan pembangkang untuk mengetengahkan beberapa muka baru yang dianggap berpendidikan.
No comments:
Post a Comment